Hai Cik Blog tersayang :)
Lama kan aku tak jenguk kau? Sorry la. Act daripada minggu lepas aku dah sibuk berasap je malam-2. Ehh bukan berasap yg main kejar nyamuk taw (hisap rokok) tapi berasap sebab BBQ! Hehe. Seronok! Kumpul family members ramai-2, pastu main bakar-2. Yg sedap ada, yg rentung pon ada. Haha. Tapi benda yg rentung-2 tu lah yang makin memeriahkan suasana. Tapi maaf ler --' tak sempat nak snap gambar apa-2 pon untuk kau Cik Blog.
Then, spnjg berasap-2 tu jugak la, phone aku mcm bangkai bernyawa. Agaga. Mengapa? Kerana kampung aku mmg line Maxis mcm hantu *krikk krikk* . Sabar je lah jah oii. Sama je lah, tak kira kampung belah mak ke, belah ayah. Tapi kira okay la, jimat jugak kredit aku enn. Lagipon aku mmg sepatutnya berjimat skrg ni. Haish. Sejak dah tak sekolah ni, duit belanja dah tak dapat. So nak cekau duit dari mana kan? Kalau dulu adalah jugak baki-2 duit belanja sekolah tu yg aku simpan. Buat beli topup lepas, kira okay apa? Tapi skrg..lemah cek. Nak apa-2 semua kena fikir dua tiga kali. Serba salah jugak kadang-2 nak mintak duit lebih-2. Hmm.
Act apa yg aku nak ckp? Entah. Aku mcm menyesali kehidupan aku. Kenapa? Jgn tanya kenapa. Esok dah masuk tahun baru kan?
BOOM KEBABOOM !
Wahaha. Happy New Year lah. Tapi sbg orang Islam, kita sambut tahun baru masa Maal Hijrah lah wey. Mana ada sambut yg ni. Tp budaya skrg..entah lah. Hari tu masa bual-2 dgn pakcik yg ajar aku driving, dia kata mana ada istilah taun baru. Cuba dengar teori dia eh. Dia ckp, bila masuk je tahun baru kononnya, kereta yg kau baru beli setahun dah tukar jadi dua tahun. Kereta tu jd makin baru ke makin buruk? Haaa pandai tak? Opcoz la jd makin buruk kan? So jadinya, aku mcm setuju pulak dgn pakcik tu. Dia ckp jugak, bila tahun baru ni, negara kita banyak dapat cucu segera lah kan --' . Ni lagi satu. Budaya remaja sekarang bila menyambut tahun baru, mmg sesat. Yg pakai seksi-2, yg main telan je arak tu. Haih jgn cerita lah. Alhamdulillah lah, aku bersyukur sbb lahir dlm keluarga yg hidup serbaserbi dalam budaya Islam.
Bercakap pasal kehidupan Islam, sejak dua menjak ni, jujurnya aku mcm terkesan. Terkesan bila tengok facebook salah sorg kawan rapat aku ni. Yaya. Nama sebenar Nadia Syuhada. Aku mmg rapat dgn dia. Daripada sekolah rendah kot. Dan perubahan pada diri dia yg paling besar sekali, bermula tahun lepas lah. Dia mula pakai tudung labuh, pakai stoking bila keluar rumah. Mula-2 aku mcm tergamam. Mcm nak persoalkan pon ada. Tapi, fikir-2 balik, kenapa aku nak persoalkan sdgkan mmg itu yg sepatutnya? Hmm. Aku sebenarnya dah terfikir byk kali nk berubah jd mcm dia. Sbb aku tengok bila dia jadi mcm tu, hidup dia lebih tenang. Everything seems too smooth for her. Aku gembira lah utk dia kan. Tapi aku? Bila nak berubah? Sikit-2. Aku skrg cuba istiqamah pakai tudung bila nak jejak luar rumah. Sidai baju ke, basuh kereta ke, buang sampah ke. Tapi benda baru yg aku tengah cuba nak usahakan skrg ialah pakai lengan panjang even buang sampah or sidai baju td. Aku rasa mcm leceh sbenarnya, tapi aku kena buat! Mmg wajib pon kan --' . Doakan la aku istiqamah eh Cik Blog.
Haih dah panjang sgt ni membebel. Dah lah takde gambar enn. Haha. Doakan la kejayaan aku! Tata :)
* take note lah Siti Syazwani! :D
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment